Connect with us

Oh! Media

Kami Mahu Belajar Dari Pengalaman Malaysia – Imran Khan

Umum

Kami Mahu Belajar Dari Pengalaman Malaysia – Imran Khan

Perdana Menteri Pakistan yang baru iaitu Imran Khan yang sedang dalam lawatannya di Malaysia menyatakan hasratnya untuk belajar daripada Malaysia berhubung pelbagai perkara.

ADVERTISEMENT

Imran Khan bersama delegasinya bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad dan ingin bertukar pendapat dan pandangan soal ekonomi.

“Kami sudah lama mengikuti perkembangan Malaysia. Kami mahu belajar daripada pengalaman Malaysia terutama dalam meningkatkan ekonomi negara dan pendapatan perkapita serta melonjakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya pada sidang media bersama Dr Mahathir selepas mesyuarat dua hala antara kedua-dua pemimpin di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Imran berkata beliau dan Dr Mahathir kini berkongsi keadaan yang sama iaitu mendapat kuasa selepas diberi mandat oleh rakyat berdasarkan pentas anti rasuah.

“Kami berdepan dengan jumlah hutang luar biasa dan kami ingin belajar daripada Malaysia bagaimana untuk mengatasi isu berkenaan,” katanya.

Pakistan kini berdepan jurang kewangan bernilai AS$12 bilion (RM50.29 bilion) untuk tahun fiskal semasa.

Malah, kerajaan Pakistan berusaha meminimumkan jumlah dipinjam daripada IMF dengan mendapatkan pinjaman negara ‘mesra’ seperti Arab Saudi, China dan Malaysia ketika pihak berkuasa di sini percaya, peminjam global mungkin menyertakan syarat sukar.

  + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas