Connect with us

Oh! Media

Kamera Pengesan Haba Tangkap dan Denda Perokok Dipasang di Singapura

Umum

Kamera Pengesan Haba Tangkap dan Denda Perokok Dipasang di Singapura

Hari ini, Malaysia buat kali pertama telah membuat larangan merokok di premis restoran makan dan masih ramai yang enggan mengikuti peraturan itu. Ada juga diantara mereka yang mempersoalkan bagaimana kerajaan dan pihak berkuasa ingin mengesan dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu yang masih berdegil.

ADVERTISEMENT

Melihat kepada pelaksanaan negara jiran, iaitu Singapura, mereka kini telah dalam perancangan untuk memasang 300 kamera pengesan haba yang mampu menangkap dan mendenda perokok yang degil.

Republik itu sudah pun melaksanakan undang-undang antitembakau paling ketat di dunia dan merokok dilarang di kebanyakan tempat awam, dengan perokok didenda sehingga Sg$1,000 (RM2,974) jika ditangkap.

Rokok elektronik juga dilarang.

Pihak berkuasa kini bercadang memasang kamera pengesan haba canggih yang dapat mengesan apabila seseorang memegang rokok menyala di kawasan larangan merokok, menurut laporan Straits Times.

Kamera berkenaan akan dipasang sekitar kawasan penempatan dan tempat awam lain seluruh Singapura dan juga mampu menangkap ‘tindakan pengotor’ terlarang lain seperti meludah dan membuang sampah.

Singapura mula memperkenalkan undang-undang antitembakau pada 1970-an sebagai sebahagian usaha kerajaan mengurangkan kadar merokok.

Sejak itu, ia meningkatkan bilangan tempat awam yang dijadikan kawasan larangan merokok, termasuk kampus universiti dan di kawasan biasa sekitar blok pangsapuri.

Merokok dalam kereta persendirian dibolehkan, tetapi tidak boleh menurunkan cermin kereta ketika berbuat demikian.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas