Connect with us

Oh! Media

Kaji Dan Sekat Permainan Ganas Dalam Talian atau Sukan Elektronik – UIAM

Umum

Kaji Dan Sekat Permainan Ganas Dalam Talian atau Sukan Elektronik – UIAM

Pengaitan permainan video berunsurkan tembakan dan perang dilihat menjadi isu dan perbincangan pelbagai pihak semenjak berlakunya serangan pengganas di Christchurch yang dilihat seakan-akan sama dalam permainan video.

ADVERTISEMENT

Ketua Kluster Penyelidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Isalam Kuliyat ICT, Universtiti Islam Antrabangsa Malaysia UIAM, Prod. Mohamad Fauzan Noordin kini telah mengeluarkan kenyataan agar Permainan Ganas dalam Talian yang popular tidak boleh terus diperkenalkan di Malaysia.

“Kesan negatif daripada permainan ganas dalam talian seperti Fortnite telah dirasai di negara barat, malah ada seorang ibu di UK di siaran TV mengatakan beliau hilang anaknya kepada Fortnite. Dalam kata lain Fortnite seperti dadah jika sudah ketagih susah untuk melepaskannya.

“Negeri Gujurat di India telah mengharamkan permainan dalam talian PUBG. Walaupun Menteri Belia dan Sukan menolak kaitan PUBG dengan kejadian di Christchurch, perbincangan dan penyelidikan mengenai pengaruh permainan ganas dalam talian dan kesan kelakuan kepada pemainnya perlu dijalankan,” katanya.

Sumber: Utusan

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas