Connect with us

Oh! Media

Kadar Bayaran Tol Tidak Akan Hadapi Kenaikan

toll plaza 2jpg

Umum

Kadar Bayaran Tol Tidak Akan Hadapi Kenaikan

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini telah berkata bahawa, pihak kerajaan tidak akan menaikkan kadai bayaran tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya dan pembekuan kenaikan kadar tol ini bakal menelan belanja berjumlah RM994.43 juta.

“Ia adalah satu penambahbaikan ketara kepada pengumuman Belanjawan 2019 pada 2 November lalu yang hanya membekukan semua kenaikan kadar tol di lebuh raya dalam bandar saja untuk tahun depan.

“Implikasi kewangan itu membabitkan pembekuan kenaikan kadar tol merangkumi 21 lebuh raya; kadar tol bagi bas di lapan lebuh raya berasingan dan pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang (Jambatan Pertama Pulau Pinang), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) serta di Lebuhraya Laluan Kedua di Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

IKLAN

Guan Eng berkata, pembekuan komprehensif itu berasaskan kepada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan untuk meringankan beban sara hidup rakyat.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas