Umum
Juara Remaja Dunia 2015, Jin Wei Berjaya ke Separuh Akhir
Oleh
Pada
Goh Jin Wei meneruskan kecemerlangannya untuk layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF 2018 di Markham, Kanada pada Sabtu.
ADVERTISEMENT
Pemain pilihan ketiga kejohanan, Jin Wei yang dalam misi untuk merangkul gelaran juara remaja dunia untuk kali kedua selepas 2015, hanya mengambil masa 24 minit mengalahkan So Yul Lee dari Korea Selatan 21-11 dan 21-5 pada suku akhir acara perseorangan wanita yang diadakan di Markham Pan Am Center.
Dalam acara beregu wanita, pilihan ketiga, Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei turut menempah ke separuh akhir selepas menewaskan Shiena Fukumoto-Natsu Saito dari Jepun, 21-12 dan 21-10.
Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Topik berkaitan:ohtidak

Comments