Connect with us

Oh! Media

Jual Gelang Konon Mampu Cegah Covid, Seorang Wanita Dikompaun Oleh KPDNHEP!

Umum

Jual Gelang Konon Mampu Cegah Covid, Seorang Wanita Dikompaun Oleh KPDNHEP!

Kalau korang masih ingat waktu mula-mula pandemik ni start kat Malaysia, ada segelintir pihak cuba menangguk di air keruh dengan mengenal gelang anti covid dan seangkatan dengannya. Meskipun dikecam, golongan tidak mengendahkannya. Berbekalkan platform sosial media, mereka menjual barangan berkenaan.

ADVERTISEMENT

Hari ini kami dapat satu berita bahawa ada seorang wanita yang juga seorang ejen jualan langsung telah dikompaun oleh pihak KPDNHEP kerana menjual gelang yang mampu untuk cegah dari dijangkiti Covid-19 dilaman sosial, menyebabkan dia dikompaun dengan nilai RM50,000. Tindakan ini dilakukan oleh pihak KPDNHEP setelah mengesan isu berkenaan tular di media sosial.

Sumber gambar dari Astro Awani

Dikatakan bahawa wanita berkenaan menjual gelang tersebut pada harga RM580 seunit. Tindakan tersebut boleh diletakan dibawah Seksyen 10(1)(h) Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana memberi penyataan mengelirukan dengan kompaun maksimum RM50,000.

Sekiranya gagal membayar kompaun berkenaan dalam masa yang ditetapkan, dia akan didakwa di mahkamah dibawah Seksyen 25 Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan denda RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun jjika disabitkan dengan kesalahan berkenaan.

OHMEDIA: MEMANG WUJUD GOLONGAN MACAM NI, SANGGUP MENIPU ASALKAN BOLEH BUAT DUIT, DASAR KAPITALIS!

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca seorang wanita dikompaun oleh KPDNHEP kerana jual gelang cegah covid di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas