Connect with us

Oh! Media

Jokowi Seru Agar Bersedia Hadapi Musim Kemarau, Risiko Kebakaran Hutan!

ohmedia jerebu 1jpg

Umum

Jokowi Seru Agar Bersedia Hadapi Musim Kemarau, Risiko Kebakaran Hutan!

Presiden Indonesia arah menteri dan ketua daerahnya mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk meredakan risiko kegagalan tanaman dan kebakaran hutan akibat musim kemarau susulan fenomena El Nino tahun ini.

Dalam satu mesyuarat Kabinet, Jokowi berkata, cuaca kering dijangka memuncak pada Ogos hingga September ini, malah hujan dilaporkan tidak turun selama 61 hari di Jawa dan Bali setakat ini.
“Kami akan menjalankan pengubahsuaian cuaca atau membina peralatan yang baik, jika perlu,” jelas Jokowi.
Pada masa sama, Menteri Alam Sekitar juga telah diarahkan olehnya untuk meningkatkan kawalan ke atas kawasan hutan yang kerap berlaku kebakaran.
“Saya harap kita boleh membuat ramalan dan mengelakkan kebakaran hutan dan gambut,” ujarnya lagi.
Indonesia adalah antara negara yang paling terdedah dengan kebakaran hutan pada musim kemarau dan kebiasaannya berpunca daripada tindakan petani yang melakukan kerja pembersihan tanah untuk penanaman. Kes beberapa tahun lalu, kebakaran hutan dan tanah ladang di Indonesia telah menyebabkan kesan jerebu teruk di republik itu, malah hingga merentasi sempadan negara-negara jiran.

Sumber: Awani

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

IKLAN
BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas