Connect with us

Oh! Media

Jin Wei Berjaya Rangkul Gelaran Juara Remaja Dunia Buat Kali Kedua

Umum

Jin Wei Berjaya Rangkul Gelaran Juara Remaja Dunia Buat Kali Kedua

Goh Jin Wei yang merupakan pemain badminton muda wanita negara sekali lagi telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila telah meraih Kejuaraan Remaja Dunia BWF di Markham, Kanada.

ADVERTISEMENT

Pemain pilihan ketiga itu menampilkan aksi bertenaga dengan menewaskan pilihan ke-13, Line Christophersen dari Denmark menerusi kemenangan 21-13 dan 21-11 pada aksi final di Markham Pan Am Centre.

Kejuaraan tersebut adalah yang kedua diraih anak jati Pulau Pinang itu yang pernah menjuarai kejohanan sama pada 2015 setelah menewaskan rakan senegara, Lee Ying Ying pada aksi final.

Jin Wei sebelum ini turut mengharumkan nama negara apabila mencipta sejarah menjadi atlet pertama Malaysia memenangi pingat emas pada edisi ketiga Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina, bulan lalu.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menjelaskan satu ganjaran khas bakal menanti kedua-dua pemain berkenaan yang akan dibincangkan pada mesyuarat pengurusan BAM pada minggu ini.

“Kejayaan ini merupakan satu petanda baik kerana di peringkat BAM, kita lihat mereka inilah yang akan menjadi pelapis kepada pemain sedia ada,” jelas Mohamad Norza.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas