Umum
Jerman Tidak Beri Peluang Malaysian Tigers Mengaum
Oleh

Pasukan hoki negara yang berada di Piala Dunia 2018 akhirnya terpaksa akur untuk pulang awal apabila tewas 3-5 keatas Jerman dalam perlawanan akhir Kumpulan D di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India, malam tadi.
Malaysia mengakhiri saingan Piala Dunia dengan kekalahan memalukan 7-0 kepada Belanda sebelum berkongsi mata 1-1 dengan Pakistan.
Pada minit ke-14, Jerman menggandakan jaringan selepas Christopher Ruhr berjaya menewaskan penjaga gol veteran negara, S. Kumar, sebelum sekali lagi menemui sentuhannya pada minit ke-18, sekali gus meletakkan kedudukan selesa 3-0.
Pakar pukulan sudut negara, Muhammad Razie Rahim akhirnya memecahkan kebuntuan pada cubaan ketiga pada minit ke-26 dan dua minit kemudian Nabil Fiqri Mohd Noor menyempurnakan pukulan sama untuk kedudukan 2-3.
Jerman, yang sebelum ini mengalahkan Belanda 4-1 dan Pakistan 1-0, kemudian meledak gol keempat menerusi Marco Miltkau pada minit ke-39 sebelum Muhammad Razie sekali lagi merapatkan kedudukan kepada 3-4 menerusi gol kedua peribadi9nya pada minit ke-42.
Herbruch kemudian menunjukkan jalan keluar kepada Malaysia apabila mledak gol kelima Jerman pada minit ke-59.
Mengikut format kejohanan, juara setiap daripada empat kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir manakala naib juara dan pasukan tempat ketiga akan bersaing pada pusingan kedua bagi memburu baki empat slot suku akhir.
