Connect with us

Oh! Media

JDT Rampas Takhta Liga – Berhadapan 8 Orang Pemain FELDA United

Umum

JDT Rampas Takhta Liga – Berhadapan 8 Orang Pemain FELDA United

Gambar Kredit: JOHOR Southern Tigers

Nampaknya pasukan Johor Darul Ta’zim memastikan mereka mampu untuk merampas kembali takhta liga apabila menewaskan FELDA United 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

ADVERTISEMENT

Apa yang malang buat pasukan FELDA adalah apabila terpaksa bermain dengan lapan pemain di saat-saat akhir apabila Zahril Azri Zabri dilayangkan kad merah kerana mengasari Natxo Insa pada minit ke-60 selepas mengumpul dua kad kuning.

Seterusnya, Thiago Junior pula dilayangkan kad merah kerana melewatkan perlawanan selepas mengutip dua kad kuning pada minit ke-83. Ia kemudian disusuli pembuangan Hadin Azman empat minit selepas itu untuk menjadikan pelawat hanya tinggal lapan pemain.

Kesempatan itu kemudian digunakan sepenuhnya Gonzalo Cabrera menjaringkan gol pendahuluan tuan rumah.

Namun jaringan itu tidak bertahan lama apabila pelawat bangkit menyamakan jaringan menerusi sepakan percuma Jocinei Schad pada minit ke-90.

Namun, Akhyar menceriakan kem JDT apabila menjaringkan gol kedua tidak lama selepas itu, sebelum diikuti jaringan Luis Santo bagi memastikan kemenangan tuan rumah pada masa kecederaan perlawanan untuk keputusan muktamad 3-1.

Kredit: Johor Southern Tigers

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas