Connect with us

Oh! Media

JDT Kekalkan Kejuaran Liga Super Untuk Kali Keenam Berturut-turut

Umum

JDT Kekalkan Kejuaran Liga Super Untuk Kali Keenam Berturut-turut

Sumber gambar” Johor Darul Takzim Football Club

Gelaran Juara Liga Super kali ini kekal menjadi milik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan ini merupakan kejuaran keenam berturut-turut mereka selepas berjaya menewaskan Melaka United 2-1 di Stadium Hang Jebat malam tadi.

ADVERTISEMENT

JDT menunjukkan permainan yang amat menyakinkan apabila berjaya menguasai keseluruhan permainan pada babak pertama yang melihatkan mereka berjaya melakukan jaringan pembukaan pada minit ke-7 melalui tolakan Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Import Brazil, Diago Santo mudah mengelirukan benteng tuan rumah untuk menolak masuk gol kedua JDT pada minit ke-26 selepas menerima hantaran Corbin Ong.

Pada babak kedua, tuan rumah cuba mengubah corak permainan dengan aksi lebih seimbang dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-84 melalui kapten pasukan mereka, Mohd Shukor Adan yang mendapat bola muntah dari penjaga gol JDT, Faizal Marlias selepas menampan sepakan penalti Angan..

Walaupun perlawanan masih berbaki, JDT akan kekal dinobatkan sebagai juara walaupun pencabar terdekat mereka pasukan Pahang menang kesemua baki perlawanan.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas