Connect with us

Oh! Media

JDT Gagal Pastikan Kemenangan di Padang Sendiri

File7529ifx5zk5151x8b66xjpg

Umum

JDT Gagal Pastikan Kemenangan di Padang Sendiri

Nampaknya Johor Darul Ta’zim, JDT tidak dapat memastikan mereka untuk terus berada dalam saingan Liga Juara-Juara Asia apabila terkeluar daripada pusingan 16 terakhir setelah tewas 0-1 kepada Shandong Luneng FC malam tadi.

Ini merupakan pertemuan kedua Harimau Selatan dengan pasukan dari China itu menyaksikan jaringan pertama mudah disempurnakan pemain Shandong Luneng, Graziano Pelle pada minit ke-21.


IKLAN

Corak permainan JDT kelihatan garang pada permulaan permainan, namun lemah selepas pelawat mendapat jaringan gol.

Pada masa pertama, JDT dilihat hanya memasukkan seorang sahaja pemain import dan pada babak kedua terpaksa bermain bermatian-matian sebelum menggunakan tiga pemain simpanan, Cabrera, Safawi Rasid dan Hazwan Bakri. Namun mereka tetap gagal mendapatkan gol walau cubaan demi cubaan dilakukan.

Kemenangan berkenaan meletakkan Shandong Luneng sebagai pendahulu Kumpulan E dengan lapan mata.

Sumber: Berita Harian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas