Connect with us

Oh! Media

JDT Disahkan Sudah Daftar Akhyar Rashid

Umum

JDT Disahkan Sudah Daftar Akhyar Rashid

Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), menjelaskan Muhammad Akhyar Abdul Rashid sudah berada dalam senarai pendaftaran awal pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam dan ini Ini bermakna, Akhyar berpeluang beraksi bersama skuad Harimau Selatan bagi Liga Malaysia (Liga M) 2019 meskipun Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) enggan memberi surat pelepasan sehingga sekarang.

ADVERTISEMENT

JDT sebelum ini telah menghantar senarai awal pemain termasuk Akhyar pada 7 Januari lalu kepada MFL, namun status penyerang tersebut masih berada dalam senarai menunggu sebelum mendapat status pendaftaran tetap.

“Berdasarkan peraturan sedia ada, tiada sebab pemain tidak boleh didaftarkan jika ada keputusan yang mengatakan dia bebas daripada mana-mana pasukan. FAM boleh meluluskan pendaftarannya jika pemain tersebut memegang status ejen bebas.

“Pada mulanya dia didaftarkan sementara selama 90 hari tetapi dalam tempoh tersebut, pertukaran status pemain boleh berlaku jika isu itu dipanjangkan dan berlaku keputusan lain.

“Namun, jika tiada apa-apa perubahan selepas 90 hari, ia sudah menjadi pendaftaran kekal. Jika sebelum bermulanya Piala Sumbangsih tiada apa-apa keputusan yang menentang, maka Akhyar boleh diturunkan dan bermain seperti biasa,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas