Connect with us

Oh! Media

Jawatankuasa PAFA Tolak Permohonan Hasnul

Umum

Jawatankuasa PAFA Tolak Permohonan Hasnul

Mesyuarat khas Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) hari ini menolak peletakan jawatan Presidennya, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim dan memberi tempoh 14 hari kepadanya untuk memikirkan semula keputusan itu.

ADVERTISEMENT

Naib Presiden 1 PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata, berikutan perkembangan terbaru itu, beliau akan memangku jawatan Presiden PAFA sehingga Hasnul membuat keputusan.

“Kami sebulat suara menolak peletakan jawatan Hasnul kerana beliau mempunyai faktor ‘wow’ bagi mengemudi persatuan dan pasukan lebih hebat pada masa depan, tambahan pula usianya masih muda.

“Jadi, kita bagi tempoh 14 hari untuk beliau bertenang dan memikirkan semula keputusannya,” katanya selepas mesyuarat berkenaan di pejabat PAFA di sini hari ini.

Muhammad Yadzan berkata, pihaknya melihat keputusan Hasnul meletak jawatan semata-mata kerana tekanan pihak luar disebabkan kekhilafannya dalam pengendalian trofi Piala Malaysia dan beliau serta PAFA sendiri sudah berulang kali memohon maaf.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas