Connect with us

Oh! Media

Jawatankuasa Akaun Ditubuhkan Bagi Menguruskan Tabung Harapan Malaysia

49548054 10156307225918547 3909134101579300864 njpg

Umum

Jawatankuasa Akaun Ditubuhkan Bagi Menguruskan Tabung Harapan Malaysia

Tabung Harapan Malaysia yang dilancarkan pada 30 Mei tahun lalu dan ditamatkan tempoh hari telah mencatat pengumpulan sebanyak RM202,716,775.10. Oleh itu, sebuah Jawatankuasa Akaun yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd. Zahir akan memutuskan penggunaan wang ini.

Menteri Kewangan berkata, langkah ini diambil bagi memastikan ia dapat diuruskan secara teratur dan berintegriti mengikut tatacara yang termaktub.

“Pihak Kementerian Kewangan dalam tindakan untuk membuat pelarasan penutupan akaun itu sebelum pengauditan dijalankan oleh Jabatan Audit Negara.

IKLAN

“Jumlah sumbangan ini akan digunakan untuk pembayaran hutang Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Berdasarkan kepada maklum balas positif dan keprihatinan rakyat Malaysia, kerajaan menerusi Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Januari lalu memutuskan untuk melanjutkan tempoh pemberian sumbangan selama dua minggu lagi iaitu berakhir pada 14 Januari lalu.

Walaubagaimanapun, mereka yang menyumbang selepas penutupan akaun ini, tidak akan dimasukkan ke akaun berkenaan dan akan dipulangkan semula kepeda penyumbang.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas