Connect with us

Oh! Media

Jangan Letakkan Harapan Tinggi Pada Diri Saya – Lee Chong Wei

Chong wei2209 1537607103jpg

Umum

Jangan Letakkan Harapan Tinggi Pada Diri Saya – Lee Chong Wei

Pemain badminton no.1 negara, Datuk Lee Chong Wei kali ini tidak mahu peminat meletakkan harapan yang tinggi terhadap dirinya untuk menjadi pennyumbang pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ini kerana Chong Wei ingin fokus untuk melayakkan diri terlebih dahulu ke Tokyo sebelum memikirkan mengenai sasaran tertentu.

“Saya fikir masih terlalu awal untuk meletakkan sebarang sasaran pada Olimpik. Apa yang paling penting cuba layak dulu beraksi di Olimpik, selepas itu baru kita lihat perancangan seterusnya.

IKLAN

“Selain saya, ada lagi pemain perseorangan lelaki yang bersaing untuk layak (Lee Zii Jia dan Liew Daren). Kami akan bekerja keras dan bersaing secara sihat, siapa layak dia akan pergi.

“Semua pemain pastinya mahu layak ke Olimpik memandangkan ia berlangsung empat tahun sekali. Saya sudah empat kali beraksi di Olimpik (2004, 2008, 2012 dan 2016), jadi jika tidak layak pun tidak mengapa.

“Namun, impian saya untuk membuat penampilan kelima di temasya itu dan akan cuba melakukan yang terbaik,” kata Chong Wei.

Kini Lee Chong Wei berumur 37 tahun dan merupakan atlet sukan yang paling berjaya di pentas Olimpik yang berjaya membawa pulang tiga pingat perak dalam tiga temasya berturut-turut bermula Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas