Connect with us

Oh! Media

Jalan TAR Akan Tetap Ditutup Bermula 15 Mac Ini

Umum

Jalan TAR Akan Tetap Ditutup Bermula 15 Mac Ini

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad telah menegaskan bahawa keputusan untuk menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) tetap akan diteruskan dan ia akan berkuatkuasa pada 15 Mac ini.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, selama 2 minggu akan diambil untuk melihat hasil penutupan jalan yang ditutup sepanjang 800 meter bermula dari Kompleks Beli-belah Sogo sehingga ke Jalan Melayu.

“Kita harap warga kota faham kerana kita tidak akan tahu sekiranya tidak cuba bagi menjadikan kawasan ini khas untuk pejalan kaki. Laluan siar kaki juga sudah dilebarkan hasil projek Sungai Nadi Kehidupan. Hanya bas dibenarkan masuk satu jam setiap satu.

“Dalam dua atau tiga tahun lagi, ia akan ditutup sepenuhnya kerana sudah banyak pengangkutan awam seperti monorel dan LRT ada di sekitar kawasan ini,” katanya.

Turut dikatakan, sekirannya cara ini berhasil dan mencapai matlamat yang diinginkan, kawasan ini kakan menjadi kawasan bebas kenderaan dan akan diperindahkan dengan infrastruktur dan landskap untuk keselesaan pengunjung untuk terus membeli belah dengan keadaan yang selamat dan selesa.

“Jika penutupan berjaya, Bazar Ramadan akan dipindah atau dipecahkan ke sebahagian Jalan Masjid India dan sebahagian lagi di Jalan TAR bagi memberikan ruang yang lebih tanpa mengganggu kedai sedia ada, sekaligus gerai tidak menghalang kedai-kedai berkenaan.

“Persoalan bazar di Jalan Masjid India memang perlu ditangani selain kesesakan dan halangan kepada kedai-kedai yang menyewa di situ serta isu penguasaan tapak bazar yang berlanjutan berpuluh tahun yang sukar dikawal,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas