Connect with us

Oh! Media

Isu Guru Rotan Pelajar Sudah Selesai

9 1561626140jpg

Umum

Isu Guru Rotan Pelajar Sudah Selesai

Rasanya semua sedia maklum berkenaan isu seorang guru merotan anak muridnya di sebuah sekolah yang sebelum ini telah mendapat perhatian netizen yang dapat dilihat daripada rakaman video yang tersebar.

Bagaimanapun, isu ini akhirnya dikatakan telah selesai apabila pihak terbabit saling memaafkan.

Pertemuan tertutup yang dilakukan bersama Jabatan Pendidikan Johor di PPD itu dihadiri ibu dan pelajar serta guru yang terlibat.

IKLAN

Oleh itu, pihak PPD menasihatkan agar semua pihak supaya tidak memanjangkan isu berkenaan kerana ia sudah dapat ditangani dengan baik.

Sebelum ini, tersebar satu rakaman video berdurasi dua minit 28 saat menunjukkan seorang wanita meminta penjelasan daripada seorang guru lelaki berikutan anak perempuannya dirotan.

Dalam rakaman itu, guru berkenaan dilihat memberi penjelasan mengenai tindakannya merotan pelajar terbabit, namun dipertikaikan ibu berkenaan sambil menunjukkan kesan rotan pada tubuh anaknya.

Berikutan itu, ibu murid berkenaan membuat laporan polis sebelum membuat keputusan menarik balik laporan berkenaan.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas