Connect with us

Oh! Media

Israel Tuduh Perdana Menteri Malaysia Sebagai Anti-Semitisme Fanatik

Umum

Israel Tuduh Perdana Menteri Malaysia Sebagai Anti-Semitisme Fanatik

Israel dalam satu kenyataan semalam telah menuduh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang anti-semitisme fanatik selepas tindakan melarang negara Israel untuk menganjurkan sebarang acara sukan yang membabitkan atlit dari negara Yahudi itu.

ADVERTISEMENT

Dr Mahathir sebelum ini ada mengatakan bahawa perenan Israel tidak akan dibenarkan untuk masuk ke Malaysia bagi menyertai kejohanan kelayakan Paralimpik Tokyo 2020 pada akhir tahun ini.

Menteri Luar, Saifuddin Abdullah pada Rabu menegaskan negara itu tidak akan menjadi tuan rumah kepada acara yang disertai Israel.

Walaubagaimanapun, kementerian luar Israel, Emmanuel Nahshon yang menyelar keputusan memalukan untuk menghalang atlitnya itu menyifatkan langkah itu sangat bertentangan dengan semangat Olimpik.

“Israel mengutuk keputusan bersifat anti-semitisme fanatik Dr Mahathir itu,” katanya.

“Kami menyeru Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa untuk mengubah keputusan yang salah ini atau menukar lokasi acara terbabit.”

Kuala Lumpur dilihat tetap dengan keputusan itu dan menolak permintaan badan sukan dunia terbabit untuk mencari penyelesaian berhubung pertikaian itu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas