Connect with us

Oh! Media

Israel Melarang Lakukan Azan Dan Solat Di Masjidil al-Aqsa

Umum

Israel Melarang Lakukan Azan Dan Solat Di Masjidil al-Aqsa

Polis Israel bukan saja menutup semua pintu masuk ke Masjidil al-Aqsa, malah melarang azan dilaungkan dari masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu mulai kelmarin.

ADVERTISEMENT

Malah, polis Israel turut menyerang penduduk Palestin yang berkumpul di pintu masuk utama kawasan masjid, Bab al-Asbat, yang mahu menunaikan solat Maghrib.

Agensi berita Palestin, WAFA, melaporkan umat Islam terpaksa menunaikan solat di luar pintu masuk itu sejak tengah hari semalam.

Kelmarin, polis Israel menyerang mereka yang masuk ke dalam masjid dan menolak jemaah keluar sebelum menutup semua pintu masuk dengan mendakwa ada pihak membakar balai polis dalam kawasan Masjidil al-Aqsa.

Penduduk Palestin bagaimanapun, menolak dakwaan polis Israel itu dan ada yang mencadangkan kebakaran itu sengaja dilakukan polis Israel sendiri atau ejennya bagi mencari alasanmenutup Masjidil al-Aqsa.

Bulan lalu, Bab al-Rahma ditutup selama 16 tahun oleh Israel sejak 2003, dibuka secara paksa oleh Presiden Majlis Waqf, Sheikh Abdel-Azeem Salhab, dan lebih 40,000 rakyat Palestin memasuki Bab al-Rahma untuk solat Jumaat.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas