Connect with us

Oh! Media

Israel Dikatakan Menjadi Pengedar Senjata Untuk Rejim Sudan Selatan

south sudan warjpg

Umum

Israel Dikatakan Menjadi Pengedar Senjata Untuk Rejim Sudan Selatan

Akhbar The Jerusalem Post mendakwa Israel menjual senjata bernilai puluhan juta dolar kepada rejim Sudan Selatan.

Menurut akhbar itu, perkara tersebut menjadi punca konflik di rantau berkenaan berpanjangan sehingga ke hari ini.

Rejim Sudan Selatan yang mempunyai hubungan akrab dengan Tel Aviv dituduh menggunakan senjata dan radar pengintip buatan Israel dan telah menyebabkan hampir 400,000 penduduk awam terkorban sejak 2013.

IKLAN

Bekas ketua operasi tentera, Israel Ziv dikatakan salah seorang ejen yang mengatur penjualan senjata api bernilai puluhan juta dolar kepada Sudan selatan.

Ziv menggunakan entiti sah di sisi undang-undang sebagai taktik untuk menjayakan urus niaganya.

“Ziv dibayar melalui industri minyak dan dikatakan memberi rasuah dan janji sokongan keselamatan bagi terus mendapatkan sokongan berterusan daripada pegawai kerajaan Sudan Selatan,” kata akhbar tersebut.

Nama Ziv didedahkan selepas beliau dikenakan sekatan oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu kerana ‘menyemarakkan’ konflik di Sudan Selatan.

Sumber: Press TV

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas