Connect with us

Oh! Media

Israel Akan Serang Iran Jika Ancam Masa Depan Negara

Umum

Israel Akan Serang Iran Jika Ancam Masa Depan Negara

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata bahawa Israel bersedia menyerang Iran jika masa depan negara Yahudi itu terancam.”Jika masa depan kami sebagai negara Yahudi terancam, itu adalah garisan merah bagi kami,” kata Netanyahu dalam pertemuan dengan media asing.

ADVERTISEMENT

Beliau menjawab maksud garisan merah itu sama ada ia merujuk kepada menyerang Iran secara langsung atau ke atas sekutu Tehran di Syria dan Lubnan.

“Kami akan lakukan apa yang perlu untuk melindungi Israel daripada rejim Iran yang secara terbuka menggesa negara Yahudi dimusnahkan,” katanya sambil menyifatkan Tehran sebagai ancaman terbesar Israel.

Katanya, Israel adalah satu-satunya negara yang tenteranya berdepan secara langsung dengan Iran apabila melakukan serangan di Syria.Iran menyokong tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad.Israel mempunyai hubungan diplomatik dengan dua negara Arab iaitu Mesir dan Jordan.

Sumber: BH

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas