Connect with us

Oh! Media

Islam Melarang Penggunaan Bitcoin

Umum

Islam Melarang Penggunaan Bitcoin

Penggunaan mata wang bitcoin (mata wang digital) pada masa kini dilihat mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan negara dan ahli Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa hukum penggunaannya adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.

ADVERTISEMENT

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, berdasarkan pandangan ulama dan sarjana Islam berkenaan bitcoin, didapati dengan jelas bahawa mata wang itu tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan dalam Islam apabila ia tidak mampu menyimpan nilai secara konsisten.

“Selain itu, ketiadaan badan berkuasa yang mengawal selia mata wang ini juga boleh mengundang pelbagai perkara negatif, seterusnya mampu mengganggu-gugat sistem mata wang rasmi dalam sesebuah negara.

“Berdasarkan pemerhatian terhadap amalan semasa, bitcoin lebih dilihat sebagai satu aset pelaburan dan tidak menepati tujuan asal penciptaannya, iaitu mata wang alternatif kepada sistem mata wang fiat sedia ada,” katanya dalam catatan di laman sesawang rasminya semalam bertajuk ‘Bayan Linnas #153: Hukum Penggunaan Mata Wang Bitcoin’.

“Namun hukum ini boleh berubah jika penambahbaikan dilakukan terhadap bitcoin sama ada dari sudut pengeluaran, pengawalan harga, sistem keselamatan di bursa dan kawal selia untuk mengelakkannya daripada dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

“Ini bagi memastikan mata wang ini tidak berlegar dalam kalangan masyarakat umum. Pemerintah dan badan berkuasa juga berhak untuk menghalang sebarang transaksi bitcoin ini demi memelihara maslahah masyarakat umum.

“Ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyebut: Tindakan seseorang pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepada maslahah,” katanya lagi

Sumber: Sinar Harian

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas