Connect with us

Oh! Media

Irfan Terpaksa Guna Media Sosial Kerana Kesuntukan Masa

Umum

Irfan Terpaksa Guna Media Sosial Kerana Kesuntukan Masa

Berikutan dengan luahan rasa tidak puas hati yang dilemparkan atlet lempar cakera terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahmah kelmarin, Muhammad Irfan Shamsuddin tampil menjelaskan permasalahan antara dirinya  dengan pihak Majlis Sukan Negara, MSN.

ADVERTISEMENT

Irfan menjawab kenyataan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berhubung permohonan program latihannya di Eropah dan calon jurulatih baharu dari Republik Czech, Imrich Bugar bagi menggantikan jurulatih lamanya, Frantisek Petrovic yang ditamatkan kontrak.

Menerusi satu kenyataan di laman Instagramnya sebentar tadi, Irfan menganggap luahan awalnya kelmarin disalah tafsirkan memandangkan dia mempunyai alasan tersendiri terhadap setiap perancangan tersebut.

Irfan turut menjelaskan bahawa dia terpaksa menggunakan media sosial untuk meluahkan situasi yang dihadapinya bagi menyelamatkan kariernya kerana semakin kesuntukan masa untuk mempersiapkan diri menghadapi banyak kejohanan besar tahun ini.

Sumber: Kosmo

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas