Connect with us

Oh! Media

Instafamous Di Kecam Selepas Pecahkan Hidung Sebuah Patung?!

Umum

Instafamous Di Kecam Selepas Pecahkan Hidung Sebuah Patung?!

Nak jadi terkenal dalam masa yang singkat bukan susah pun, dengan buat  perkara yang tidak senangi oleh netizen, maka dengan senangnya jadi terkenal melalui perkongsian di media sosial.
Macam tindakan seorang instafamous ni, Julia Slonska, dari Poland yang memuat naik klip video berdurasi enam saat menunjukkan aksi dia pecahkan hidung sebuah patung yang berusia 200 tahun di Swiss Valley Park telah mengundang pelbagai kecaman dari netizen.
Dia  yang menganggap perbuatan itu melucukan, sebaliknya netizen mengutuk Slonska. Malah, ada netizen yang menyifatkan Slonska sebagai tidak berakal kerana berbuat demikian dan dia perlu dihukum penjara.
Dalam video itu, Slonska juga dilihat ketawa dan seronok mengetuk hidung patung berusia berkenaan. Untuk info, klip video berkenaan mendapat lebih 5 ribu tontonan di YouTube.

ADVERTISEMENT


Oh! Media berharap orang Malaysia tidak ikut jejak langkah instafamous ini dengan melakukan perkara-perkara yang bukan-bukan. Masih banyak perkara baik yang boleh dikongsikan.


Sumber: Awani

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas