Connect with us

Oh! Media

Ini Respon Kami Selepas Menonton Sendiri Filem Animasi BoBoiBoy Movie 2

Umum

Ini Respon Kami Selepas Menonton Sendiri Filem Animasi BoBoiBoy Movie 2

Selepas kejayaan filem animasi pertama Boboiboy The Movie, kini pasti ramai yang tidak sabar menantikan filem terbaru Monsta Studios iaitu Boboiboi The Movie 2 dan rata-rata dapat dilihat amat teruja walaupun hanya melihat trailer rasmi animasi ini di YouTube. Kebanyakannya memberikan komen yang sangat positif dan memuji kualiti video yang dihasilkan kerana kita dapat melihat peningkatan yang amat ketara jika dibandingkan dengan yang pertama.

ADVERTISEMENT

Hasil dari pemerhatian Ohmedia, trailer rasmi BoBoiBoy Movie 2 ini telah ditonton hampir 5 juta dan teaser trailer pula sudah mencecah 10 juta tontonan. Untuk pengetahuan korang, apa yang menariknya lagi adalah, filem animasi ini akan ditayangkan serentak di 5 buah negara pada 8 Ogos 2019 yang melibatkan negara Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan Vietnam. Taknak cerita banyak, cuba korang layan dulu Trailer Rasmi BoBoiBoy Movie 2 ni.

Trailer:



Sinopsis:

BoBoiBoy dan kawan-kawan diserang seorang musuh purba bernama Retak’ka yang mendakwa dirinya pengguna asal Kuasa Elemental yang dimiliki oleh BoBoiBoy. Retak’ka ingin merampas semula Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy untuk menjadi makhluk yang paling kuat dan menguasai galaksi. BoBoiBoy dan kawan-kawan perlu mencari cara untuk menghentikan Retak’ka sebelum kuasanya jatuh ke tangan yang salah.

Ini Respon Ohmedia di Malam Gala BoBoiBoy The Movie 2

Apa yang dapat Ohmedia katakan adalah, yang dibayang dan diharapkan sebelum melihat filem ini adalah diluar jangkaan dan ia sangat luar biasa. Untuk pengetahuan korang, semalam 24 Julai 2019, team Ohmedia berkesempatan untuk turut serta di malam tayangan perdana filem ini yang diadakan di MBO Starling Mall, Damansara Utama.

Apa agaknya yang diluar jangkaan itu? Sepanjang tempoh tayangan BoBoiBoy Movie 2 ini, iannya sangat padat dengan aksi dan jalan penceritaannya disusun dengan sangat baik, sehinggakan kami juga tidak menyedari masa telah berlalu.

Barisan pelakon suara BBB2 Ying, Boboiboy, Adudu, Gopal.

Apa yang cuba kami sampaikan adalah, Monsta telah berjaya membawa penonton masuk ke dalam penceritaan di mana kami dapat melihat ramai yang mengalirkan air mata dan kemudian kembali tersenyum dan ketawa tak ingat dunia. Soal grafik memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Monsta telah berjaya melakukan banyak perubahan berbanding filem mereka yang pertama dan apa yang membuatkan kami teruja adalah, filem ini disiapkan hanya dalam masa 12 bulan dan menelan kos sebanyak RM7 juta. Berbanding filem sebelum ini yang menelan kos sebanyak RM5 juta dan memakan masa selama 3 tahun. Apa agaknya rahsia Monsta ya?

Sidang media bersama Penerbit Monsta Nizam Abd Razak, Pengarah Bersama Dzubir, Astro Shaw dan Pengarah Audio Anas Abdul Aziz

Selain itu, korang juga akan dapat melihat banyak kejutan dan pusingan plot yang menarik. Apa yang pasti, korang tidak akan dapat menjangkakan apa yang akan berlaku di akhir penceritaan kerana disetiap babak pasti akan membuatkan korang terus tertanya apa agaknya yang akan berlaku.

Kesimpulannya, apa yang dapat kami kongsikan adalah filem animasi Monsta kali ini antara filem wajib tonton dan ia bukanlah hanya untuk kanak-kanak kerana filem kali ini juga amat sesuai untuk ditonton orang dewasa. Itu kami pasti!

Jadi jangan lupa untuk tempah tiket BoBoiBoy Movie 2 di pawagam terdekat sekarang yang telahpun dibuka tempahan tiket 3 minggu sebelum tayangan 8 Ogos nanti. Selamat menonton gais. Sebagai tambahan kami ingin ingatkan korang untuk tunggu hingga akhir tayangan, sebab ada ‘end credit’ yang pasti akan buatkan korang tergamam. Oh ya, untuk filem animasi BoBoiBoy  Movie 2 kami di Ohmedia berikan 9.8/10. Terbaik Monsta!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas