Connect with us

Oh! Media

Indonesia Beri Amaran, Hentikan Penyebaran Berita Palsu Nahas Lion Air

Image2b2528192529jpg

Umum

Indonesia Beri Amaran, Hentikan Penyebaran Berita Palsu Nahas Lion Air

Akibat telagh berlakunya terlalu banyak penyebaran berita palsu membabitkan nahas Lion Air JT610, pihak Kerajaan Indonesia akhirnya merayu agar orang ramai tidak lagi menyebarkannya.

“Demi kita semua, tolong jangan sebarkan gambar mangsa dan berita palsu. Tolong bersikap bijak,” ujar jurucakap agensi pencegahan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho di Twitter.

Sutopo mengetengahkan sejumlah gambar dan video yang tersebar, termasuk muat naik Facebook menunjukkan gambar bayi memakai jaket keselamatan diselamatkan dari bangkai pesawat.

IKLAN

“Ada banyak tulisan media sosial yang mendakwa menunjukkan imej seorang bayi terselamat dalam nahas JT610.

“Gambar ini sebenarnya menunjukkan bayi yang diselamatkan daripada bot karam pada Selasa 3 Julai 2018. Justeru, maklumat ini palsu. Tolong jangan sebarkan berita palsu,” katanya.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas