Connect with us

Individu Punca Kluster Sivagangga Akhirnya Didenda Dan Dipenjara

Umum

Individu Punca Kluster Sivagangga Akhirnya Didenda Dan Dipenjara

Akibat ingkar arahan untuk menjalani kuarantin dirumah, pengusaha Nasi Kandar Salleh di Napoh, Jitra akhirnya dihukum penjara dan didenda. Dia yang baru pulang dari India pada 13 Julai telah menjadi punca kepada  kluster, Kluster Sivagangga. Ini meyebabkan dia dipenjara selama lima bulan dan didenda sebanyak RM12,000.

Nezar Mohamed Sabur Batcha bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebelum ini namun mengakui kesalahan berkenana setelah jurubahasa membacakan empat pertuduhan ke atasnya dihadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun keatasnya.

Sumber gambar dari I Am Lejen

Pertuduhan pertama dan kedua, dia dituduh meninggalkan premis yang ditetapkan untuk menjalani kuarantin apabila dia berada di Bank Rakyat Jitra pada 14 Julai dan Agro Bank Jitra pada hari yang sama. Untuk pertuduhan ketiga dan keempat, dia berada di Pusat Khidmat Hasil LHDN Kubang Pasu dan Public Bank Jitra pada hari yang sama.

Sumber gambar dari Sinar Harian

Sikap tidak bertanggungjawab pemilik kedai nasi kandar ini menyebabkan 45 orang individu positif COVID-19, melibatkan kes di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

OHMEDIA: SEMOGA MENJADI PENGAJARAN KEPADA MEREKA  YANG DIMINTA UNTUK KUARANTINKAN DIRI SETELAH PULANG DARI NEGARA BERISIKO. 

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca individu punca kluster Sivagangga didenda dan dipencara di Facebook Oh! Media



Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top