Connect with us

Oh! Media

Individu Bujang Turut Akan Terima Bantuan Sara Hidup RM100 Mac Ini

ringgitdropsb2jpg

Umum

Individu Bujang Turut Akan Terima Bantuan Sara Hidup RM100 Mac Ini

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa bayaran Bantuan Sara Hidup bagi individu bujang akan dibayar pada penghujung bulan Mac nanti.

Ia akan memanfaatkan lebih 3 juta individu dangan peruntukan sebanyak RM300 juta jelasnya.

“Berdasarkan keputusan Kabinet pada tahun lalu, kerajaan telah menyediakan BSH pada tahun ini dengan mengutamakan keluarga dan telah menyediakan kadar tambahan mengikut bilangan anak di bawah tanggungan.

IKLAN

“Namun begitu, Perdana Menteri telah menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian bagi semua yang berkeperluan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menyarankan supaya turut dibantu anak muda yang belum berkahwin dan bekerja tetapi berpendapatan kecil.

Menurutnya, lantaran saranan tersebut, kerajaan telah memutuskan akan membuat bayaran sebanyak RM100 sebagai permulaan kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas