Connect with us

Oh! Media

iMedia Asia Umum Pemilikan Platform Digital Oh! Media Dan Ittify

Branded

iMedia Asia Umum Pemilikan Platform Digital Oh! Media Dan Ittify

Teka-teki mengenai pemilikan baru Oh! Media akhirnya terjawab apabila iMedia Asia telah membuat kenyataan rasmi tentang pemerolehan terbesar mereka terhadap Oh! Media. Bukan itu sahaja, iMedia Asia turut mengumumkan bahawa mereka kini telah menjadi pemilik dan pengelola untuk sebuah platform yang menguruskan social influencer terbesar iaitu Ittify.

Dengan pelancaran iMedia, Voon Tze Khay sebagai pengasas bersama akan meneraju syarikat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, beliau bertanggungjawab dalam operasi harian, menentukan strategi bagi menjana pertumbuhan maksimum dan keuntungan kepada syarikat.

Turut bersama Tze Khay adalah founder yang lain antaranya Jacky Tee sebagai Ketua Pegawai Kewangan, Loh Ken Wei (Ketua Pegawai Komersial) dan Brian Alexis (Pengarah Jualan). Tidak ketinggalan, iMedia membariskan mereka yang arif dalam jualan digital, Han Jian, Derry Lim dan Leonard Chooi sebagai Ketua Jualan.

iMedia merupakan pelaburan terbaru oleh Patrick Grove dari Catcha Group. Beliau turut berasa teruja dengan kerjasama ini dan menyasarkan iMedia untuk menjadi syarikat terbesar yang membawa kandungan sosial dan teknologi di Asia Tenggara.

Selain Oh! Media dan Ittify, iMedia turut menandatangani perjanjian wakil pengiklanan eksklusif bersama Goody Technologies Sdn Bhd iaitu pemilik portal berita berbahasa Cina dan Inggeris, Goody25 (www.goody25.com) dan GoodyMY (www.gooddymy.com) serta Newswav Sdn Bhd yang merupakan pemilik dan penerbit aplikasi berita yang sedang meningkat naik, Newswav (www.newswav.com).

Langkah Terbesar Oh! Media Setelah 12 Tahun Dalam Industri Digital

Sedikit maklumat mengenai Oh! Media yang patut korang tau, iaitu tahun 2020 merupakan tahun ke-12 Oh! Media di dalam industri digital. Ianya telah ditubuhkan pada 2008 oleh Khai Hassan dan follower Oh! Media telah meningkat yang menjadikan mereka salah sebuah laman sosial berbahasa Melayu terbesar negara. Terbaik! #mohonsharenaa

Khai turut teruja dengan penyertaan Oh! Media bersama iMedia Asia, dan beliau sendiri ingin melihat Oh! Media untuk pergi lebih jauh dalam industri digital ni. Doakan semoga Oh! Media akan terus maju jaya naa.

Platform Terbesar Social Media Influencer Raih Perhatian

Untuk pengetahuan korang, Ittify yang diasaskan oleh seorang anak muda iaitu Guan Sheng sekitar 2015 nampaknya membuahkan hasil apabila platform ini sudah menarik lebih 6000 influencer dan lebih 250 kempen iklan berjaya disempurnakan dalam jangka masa 4 tahun.

Guan turut mengulas mengenai gabungan Ittify bersama iMedia yang dilihat sebagai satu peluang yang sangat positif untuk mereka menyasarkan pertumbuhan yang lebih laju serta capaian klien yang lebih luas.

Goody25 & Newswav Mengukuh Kestabilan iMedia Asia

Kekuatan iMedia Asia ditambah lagi dengan keupayaan mereka bekerjasama dengan dua lagi jenama yang berpengaruh iaitu Goody25 serta Newswav. Kedua-dua jenama ini dilihat mampu mengukuhkan kedudukan iMedia Asia kerana mereka merupakan platform yang tersenarai dalam ranking terbaik industri digital mengikut kategori masing-masing. Dengan pemerolehan dan perjanjian pengiklanan eksklusif berkenaan, iMedia kini terhubung dengan lebih 8 juta rakyat Malaysia seluruh negara.

iMedia Asia Bakal Beri Persaingan Sihat Dalam Industri Digital

Permintaan terhadap pemasaran pempengaruh media sosial, pengiklanan video dan kandungan berjenama memecut dengan kadar tinggi setiap tahun. iMedia menyediakan peluang terbaik bagi pengiklan untuk atmosfera penjenamaan selamat, segmen khusus audiens dan pengguna yang sentiasa mahukan kandungan menarik namun kekal tersendiri.

Beroperasi sejak beberapa bulan yang lalu, iMedia telah bekerjasama dengan jenama-jenama besar antaranya Watsons Malaysia, EcoWorld, Gamuda Land, U Mobile, 100 PLUS dan F&N Dairies.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas