Connect with us

Ibu Bapa Sudah Tidak Mampu, Anak Wajib Beri Belanja Nafaqah

Umum

Ibu Bapa Sudah Tidak Mampu, Anak Wajib Beri Belanja Nafaqah

SOALAN 

Ohmedia pasti ada antara kita yang ibu bapanya sudah tidak berkerja dan tidak mempunyai duit belanja untuk meneruskan kehidupan. Jadi, adakah anak-anak wajib mengeluarkan belanja untuk diberikan kepada ibu bapanya? 

JAWAPAN 

Apabila kedua ibu bapa itu miskin maka wajib atas sekelian anak-anak mengeluarkan belanja nafaqah keduanya dengan ijmak ulamak.

Berkata Imam Ibnu Al-Munzhir :


أجمع أهل العلم على أن نفقة الوالدين الفقيرين الذين لا كسب لهما ولا مال واجبة في مال الولد


Artinya : “Telah ijmak sekelian ulamak atas bahawasanya nafaqah kedua ibu bapa yang faqir keduanya yang tiada pekerjaan dan tiada harta wajib atas harta anak.” (Kitab Al-Isyraf)

Oleh kerana itulah apabila anak-anak kaya dan kedua ibu bapa miskin tidak boleh dikeluarkan zakat anak-anak kepada kedua ibu bapa dari kerana telah wajib atas anak-anak ketika itu mengeluarkan belanja nafaqahnya.

Telah menyebut oleh Imam Ibnu Quddamah :


ولا يعطى من الصدقة المفروضة للوالدين , ولا للولد . قال ابن المنذر : أجمع أهل العلم على أن الزكاة لا يجوز دفعها إلى الوالدين , في الحال التي يجبر الدافع إليهم على النفقة عليهم


Artinya : “Dan tiada diberikan dari zakat bagi kedua ibu bapa dan tiada juga diberikan zakat kepada anak. Telah berkata Ibnu Al-Munzhir : Telah ijmak ulamak atas bahawa zakat tidak harus diberikan kepada dua ibu bapa pada ketika anak-anak menampung atas dua ibu bapa dengan memberi nafaqah.” (Kitab Al-Mughni)

Dan tempat wajib anak-anak menanggung nafaqah ibu bapa itu dengan syarat ibu bapa itu miskin dan anak-anak itu orang yang senang.

Maka jika kedua ibu bapa tidak mempunyai sedikit pun dari belanja maka wajib atas anak memberi semua belanja yang diperlukan.

Dan jika ibu bapa mampu mendapatkan separuh belanja maka wajib atas anak menampung kekurangan yang separuh lagi.

Jika ada dua orang anak maka masing-masing wajib mengeluarkan separuh.

Kesimpulannya

wajib atas sekelian anak mengeluarkan belanja nafaqah hidup dua ibu bapa yang miskin dan jika anak-anak sengaja tidak memberi belanja tersebut maka anak-anak itu berdosa.

Wallahua’lam

Kredit : Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca ibu bapa sudah tidak mampu, anak wajib beri belanja nafaqah di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Anda mungkin juga menyukai...

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top