Connect with us

Oh! Media

Ibu Bapa Mangsa Toksik Pasir Gudang Tekad Failkan Saman RM10 Juta!

ohmedia toksik 1png

Umum

Ibu Bapa Mangsa Toksik Pasir Gudang Tekad Failkan Saman RM10 Juta!

Mangsa pencemaran toksik di Pasir Gudang akan memfailkan saman RM10 juta kepada pihak yang bertanggungjawab menyebabkan masalah kesihatan bulan ini selepas melihat kebajikan mangsa-mangsa itu tidak dibela.

Norlela Abu Hashim, ibu kepada Irfan Wafiy, 12 disahkan menghidap Myokimia yang menyebabkan anggota badannya menggeletar dan menyebabkan aktiviti harian pelajar SK Taman Bukit Dahlia itu terbatas termasuk untuk berjalan selepas terlantar di hospital selama 10 hari, Mac lalu.
Berkongsi perasaannya sebagai ibu melihat keadaan anak lelakinya yang tidak lagi seperti dulu, Norlela akui tiada perkataan yang boleh menggambarkan perasaannya kerana tidak boleh dipastikan samada anaknya mampu untuk sembuh atau tidak.

Irfan mendakwa rasa sakit yang dialami pada betisnya, seperti mencucuk sehingga tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun.
Bapanya, Idham Wazir A. Wahab, 49 yang sebelum ini menarik perhatian selepas videonya menerjah sesi ‘townhall’ antara industri dengan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, Isnin lalu berkata gelombang kedua pencemaran udara itu akhirnya membuka mata semua pihak tentang bahayanya kesan pencemaran toksik itu.
Tegasnya, sebagai kerajaan, pihak yang terlibat perlu mencari jalan mengesan punca yang menyebabkan gelombang kedua pencemaran di Pasir Gudang tercetus lagi, Jun lalu.
Difahamkan kesemua mangsa termasuk pencemaran Sungai Kim Kim dan pencemaran terbaharu Jun lalu kini bersatu di bawah Persatuan Kebajikan Mangsa-mangsa Toksik Pasir Gudang.
Sumber: Sinar Harian



+Baca respon pembaca di Oh! Media.


Facebook Oh! Media


IKLAN
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas