Umum
Hutang Negara Cecah RM1.1 trilion? Seriously?!

“Jumlah jaminan yang dtanggung kerajaan dan dibayar oleh kerajaan juga meningkat khususnya bagi membiayai projek pengangkutan awam sedia ada yang sedang diteruskan. Peningkatan liabiliti ini bukanlah bagi membiayai projek infrastruktur baharu tetapi untuk menampung pembiayaan projek yang sedang dilaksanakan,” menurut MOF. Tiga projek pengangkutan itu ialah Laluan Rel Pantai Timur, Transit Aliran Massa dan Transit Aliran Ringan.
Dipetik dari Bernaman, JPH itu akan mengenal pasti langkah untuk mengurangkan hutang dan liabiliti kerajaan ke paras yang lebih terkawal, di samping meningkatkan kecekapan pengurusan hutang dan liabiliti.
“Ini termasuklah pengkajian semula projek berkos tinggi dan pengenalpastian jaminan yang ditanggung dan dibayar kerajaan yang boleh distruktur semula. Langkah ini diperlukan kerana caj pembayaran balik hutang daripada pelbagai obligasi kewangan mengekang kerajaan daripada menyediakan peruntukan kepada program dan projek lain yang lebih produktif,” menurut kementerian itu
Sumber : Bernama
