Connect with us

Oh! Media

Hukuman Kerja Sosial Lebih Efektif Kepada Pesalah Rokok, Kata Menteri Kesihatan

ohmedia rokok 1png

Umum

Hukuman Kerja Sosial Lebih Efektif Kepada Pesalah Rokok, Kata Menteri Kesihatan

Sumber dari Mvslim,com

Kerana masih ada yang ingkar peraturan larangan merokok di tempat awam, khususnya di premis-premis makanan, menyebabkan Kementerian Kesihatan mengeluarkan hukuman denda kepada pesalah rokok. Hukuman berkenaan bukan berbentuk wang, tetapi adalah hukuman kerja sosial.

Dipetik dari Sinar Harian, Hukuman kerja sosial seperti membersihkan tandas, memungut sampah dan memotong rumput sedang dipertimbangkan bagi pesalah peraturan larangan merokok di tempat awam, kerana lebih efektif berbanding denda wang ringgit kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan), Pensyarah Kanan Pusat Polisi Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia, Dr Muhammad Fathir Yusof berkata perlu pinda perintah dan akta kerana dipetik dari Sinar harian, hukuman yang hendak dilaksanakan ini mestilah undang-undang yang jelas sebagaimana kita tahu peraturan kesalahan merokok berada di bawah Perintah-perintah Kawalan Hasil Tembakau 2004, yang mana perintah ini sebenarnya di bawah Akta Makanan.

IKLAN

Buat masa ini, khidmat kerja sosial ini hanya diperkenalkan kepada pesalah-pesalah antara umur 18 hingga 21 tahun, diperuntukkan di bawah Peraturan Kanun Acara Jenayah.

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Filem



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas