Connect with us

Oh! Media

Hukum Jual Tin Bekas Minuman Keras

Umum

Hukum Jual Tin Bekas Minuman Keras

ADVERTISEMENT
Soalan:
Saya ada buat kerja sampingan dengan mengumpul tin minuman dan aluminium untuk dijual secara timbang. Semasa saya mengutip tin kadang-kadang terjumpa tin minuman arak. Bolehkah saya mengambil tin tersebut untuk dijual. Adakah haram menjual tin arak itu.
Jawapan:
Status Bekas Mengisi Arak
Mengambil manfaat dengan bekas mengisi arak adalah di haruskan ini berdasarkan hadis daripada Abi Sa’labah ketika bertanya Rasullullah S.A.W:
قَالَ إِنَّا نُجَاوِرُ أَهْلَ الْكِتَابِ وَهُمْ يَطْبُخُونَ فِي قُدُورِهِمُ الْخِنْزِيرَ وَيَشْرَبُونَ فِي آنِيَتِهِمُ الْخَمْرَ ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ إِنْ وَجَدْتُمْ غَيْرَهَا فَكُلُوا فِيهَا وَاشْرَبُوا وَإِنْ لَمْ تَجِدُوا غَيْرَهَا فَارْحَضُوهَا بِالْمَاءِ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا
Telah berkata Abu Sa’labah, Sesungguhnya kami berjiran dengan Ahli Kitab dan mereka memasak daging (khinzir) menggunakan periuk mereka dan meminum arak di dalam gelas ‏mereka. Maka Rasullullah S.A.W berkata: Sekiranya kamu mendapati selain daripadanya (bekas makanan ahli kitab) maka gunalah. Dan sekira tidak ada selain daripadanya (bekas makanan ahli kitab) maka cucilah dengan air dan makanlah menggunakannya. (Sunan Abi Daud: 3839)
Ini menggambarkan bahawa bekas yang diisi dengan arak tidak najis sekiranya dicuci dengan baik dan boleh mengambil manfaat daripadanya sekiranya tidak mendatangkan fitnah.
Cara menyucikan bekas yang diisi arak cukuplah dengan sekadar membasuhnya sekali untuk menghilangkan najisnya, dan disunatkan membasuh tiga kali. Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W:
إِذَا اِسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِهِ فَلَا يَغْمِسُ يَدَهُ فِي اَلْإِنَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلَاثًا فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي أَيْنَ بَاتَتْ يَدَهُ
Apabila salah seorang dari kalian bangun dari tidurnya, jangan memasukkan tangan ke dalam bekas (bekas wudhu’) sehingga dia mencuci tangannya sebanyak tiga kali, ini disebabkan kalian tidak tahu di mana kedudukan tangannya (ketika tidur). (Riwayat Muslim: 278, rujuk: Bulugh al-Maram: 38)
(Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah: 5/112)
Kesimpulan
Berbalik kepada persoalan yang diajukan di atas, hukumnya adalah diharuskan untuk tujuan jual beli dan juga boleh mengambil manfaat daripada tin minuman itu selepas ia dibersihkan. Ini kerana pengharam itu adalah pada ain arak itu sendiri dan bukan pada bekasnya.
Selain itu penjualan dan kegunaan tin minuman itu bukan bertujuan untuk pemprosesan dan perkara yang bersangkutan dengan arak. Ini kerana Nabi S.A.W melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak seperti hadis daripada Anas bin Malik sabda Nabi S.A.W:
قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْخَمْرِ عَشَرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِيَ لَهَا وَالْمُشْتَرَاةَ لَهُ ‏
Rasulullah saw melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak. Yang memerah,yang meminta perah, yang minum, yang membawa, yang dibawa kepadanya, yang menuangkan arak, yang menjual, yang memakan hasil jualan arak, yang membeli dan yang dijual untuknya. (Hadis Jami’ at-Tirmidhi: 1295)

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas