Connect with us

Oh! Media

Video Hudud Isu Periuk Nasi, Aisyah Tajuddin Terima Ugutan Rogol Dan Bunuh

Umum

Video Hudud Isu Periuk Nasi, Aisyah Tajuddin Terima Ugutan Rogol Dan Bunuh

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak BFM, mereka menjelaskan sentiasa mengiktiraf segala komen dan kebimbangan yang diajukan tentang video yang disiarkan oleh BFM di laman Youtube semalam, 19 Mac 2015.

ADVERTISEMENT

BFM menyatakan video tersebut bermatlamat sebagai komentar satira yang menyentuh persoalan samaada pelaksanaan hudud seharusnya menjadi keutamaan oleh pihak kerajaan dan perundangan di negeri Kelantan, terutamanya bila masalah ekonomi dan pembinaan semula pasca banjir masih dialami rakyat Kelantan.

Menurut kenyataan media tersebut lagi, BFM tidak menyangka video tersebut mengundang salah faham orang ramai yang menganggap mereka mempersoalkan kesahihan hudud itu sendiri. BFM menyatakan itu bukanlah niat sebenar disebalik video tersebut sebaliknya mereka ingin mengajak penonton supaya mempertimbangkan beberapa persoalan mengenai pelaksanaannya.

Berikutan kejadian tersebut, BFM telah menarik balik video tersebut dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Bagaimanapun pihak mereka agak kesal dengan serangan peribadi yang ditujukan kepada pengacara video tersebut, Aisyah Tajuddin yang menerima ugutan bunuh dan rogol.

Aishah tampil di dalam video sebagai pengacara di mana menurut BFM, ianya bukanlah menyatakan pendirian peribadi pengacara tersebut tetapi mengikut skrip yang diberi. Aisyah juga bukanlah pengacara tetap bagi slot rancangan tersebut.

Pihak BFM menyatakan pendirian mereka menolak sepenuhnya segala bentuk kekerasan atau ancaman yang salah di sisi undang-undang negara ini dan sekaligus berjanji pihak mereka akan lebih berhati-hati lagi dalam menerbitkan video di masa depan.

Psst: So Malaysian defenders of hudud are willing to kill, rape a woman simply because she disagrees with Kelantan’s punishment system?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas