Connect with us

Oh! Media

Huawei Kemas Kini Harga, Huawei P30 Kini Bermula RM2299!

Umum

Huawei Kemas Kini Harga, Huawei P30 Kini Bermula RM2299!

Setelah hadir dengan beberapa peranti menarik tahun ini, Huawei kini memulakan pertengahan tahun kedua 2019, dengan mengumumkan kemaskini pada harga jualan siri Huawei P30 dan juga untuk Huawei Nova 3i.
Tidak pasti samada kemelut yang melanda syarikat elektronok gergasi Huawei memaksa merek a menurunkan harga beberapa model mercu mereka, misalnya Huawei P30. Peranti tersebut kini ditawarkan pada harga RM2299 (berbanding RM2699 dulu), Huawei P30 Pro pada harga RM3399 (berbanding RM3799), dan Huawei Nova 3i pada harga RM799 (berbanding harga RM999).
Selain itu, pihak Huawei turut mengumumkan kini peranti mereka hadir dengan tempoh jaminan selama dua tahun. Bagaimanapun ia ditawarkan kepada sejumlah model terpilih, antaranya adalah siri Mate 20, siri P30, siri Nova 4, siri MediaPad M5, dan juga Nova 3i. Promosi ini ditawarkan antara 1 Julai 2019 sehingga 30 September 2019.

Sumber: Amanz

ADVERTISEMENT

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas