Connect with us

Oh! Media

Hilang Kawalan Kemudian Terus Digilis Kereta

Umum

Hilang Kawalan Kemudian Terus Digilis Kereta

Gambar Hiasan
Malam tadi, sebuah motorsikal yang dibonceng oleh seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bersama suaminya mengalami kemalangan di Jalan Matrikulasi Changlun.
Siasatan awal mendapati bahawa kira-kira jam 8 malam semalam, motorsikal yang ditunggang oleh suami mangsa cuba memotong sebuah kereta Proton Wira. Kemudian, motorsikal yang dinaiki mereka dipercayai telah hilang kawalan kerana ingin mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan dan menyebabkan mereka terus jatuh ke jalan raya lalu isterinya digilis oleh kereta dibelakang dari arah yang sama. 
Pembonceng, Norafidah Keling, 47, yang telah digilis dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya Ajizi Abdul, 54, hanya mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik dan kes siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber : Berita Harian
+Baca respon pembaca Oh! Media.

ADVERTISEMENT


Oh Youtube!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas