Connect with us

Oh! Media

“Haruan Makan Anak”, Tembelang Akhirnya Terbongkar!

Umum

“Haruan Makan Anak”, Tembelang Akhirnya Terbongkar!

Seorang bapa sepatutnya menjadi pelindung, menjadi pemusnahkan masa depan anaknya sendiri apabila dia bertindak memperkosa darah daging sendiri di rumah mereka sehingga remaja berusia 16 tahun itu disahkan hamil tujuh minggu.
Lelaki berusia 50-an itu melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah mereka di sebuah kampung di Kuala Terengganu sejak mangsa berusia 12 tahun iaitu selepas setahun isterinya meninggal dunia.

Perkara ini diketahui setelah mangsa mendapatkan rawatan di hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ) selepas mengadu sakit di perut dan muntah-muntah. Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos berkata, mangsa ditemani ibu saudaranya datang ke Bahagian Trauma dan Kecemasan HSNZ sebelum memaklumkan bahawa dirinya dirogol bapa sendiri.
“Mangsa beritahu doktor bertugas dia dirogol bapa kandungnya dua bulan lepas di rumah mereka sebelum laporan polis di buat untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut dijalankan,” katanya.
Razmi memberitahu, mangsa mendakwa dirogol kali pertama pada usia 12 tahun dan kejadian itu kerap kali berlaku selepas ibu kandungnya meninggal dunia ketika dia berusia 11 tahun.
“Kini mangsa tinggal bersama suspek dan ibu tirinya serta adik-beradik yang lain. Mangsa mendakwa sudah berhenti sekolah sejak April lalu kerana faktor kewangan suspek yang tidak bekerja. Dia turut mendakwa tidak menceritakan dan memberitahu kepada ahli keluarga lain tentang perbuatan suspek kerana sentiasa diugut ayahnya itu,” katanya.
Razmi berkata, suspek diburu selepas dipercayai melarikan diri sejurus mengetahui perbuatannya terbongkar dan itu akan disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
Sumber: New Malaysian Post

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas