Connect with us

Oh! Media

Harimau Malaya Semakin Diancam Kepupusan

160208 my tiger620jpg

Umum

Harimau Malaya Semakin Diancam Kepupusan

Pada suatu ketika dulu, Malaysia merekodkan hampir 3,000 ekor harimau Malaya yang mendiami kawasan hutan belantara. Tetapi kini, harimau Malaya semakin diancam kepupusan yang kini hanya memiliki sekitar 200 ekor sahaja.

Untuk pengetahuan korang, Harimau Malaya adalah satu spesies yang unik kerana ia hanya boleh ditemukan di negara ini sahaja dan ia merupakan antara yang paling kecil dalam kalangan sembilan sub spesies harimau.

Menurut Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, sekiranya tiada tindakan drastik yang diambil dan dilaksanakan untuk mengekalkan dan meningkatkan populasi haiwan berkenaan, berkemungkinan besar spesies Harimau Malaya akan pupus dalam tempoh masa lima hingga 10 tahun akan datang.

IKLAN

Pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia juga dikatakan akan bersama-sama sukarelawan dalam melakukan rondaan bagi penguatkuasaan hidupan ini secara bersepadu.

Oleh itu, sebanyak lebih 20 lokasi panas pemburuan akan dikenalpasti dan diharapkan usaha ini dapat membenteras sebarang aktivi pemburuan yang akan mengancam harimau malaya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas