Connect with us

Oh! Media

Harimau Malaya Perlu Tampil Aksi Lebih Menyengat

image2b2528362529jpg

Umum

Harimau Malaya Perlu Tampil Aksi Lebih Menyengat

Untuk aksi perlawanan antara Malaysia menentang Myanmar pada Sabtu ini, Harimau Malaya perlu berwaspada dengan kebolehan pasukan Myanmar dimana dilihat mempunyai kelebihan di sudut serangan.

Justeru, ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Tan Cheng Hoe berkata bahagian serangan pasukan negara harus ‘ditajamkan’ lagi selain memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan tersebut.

“Kita tahu serangan balas dari Myanmar cukup bahaya dan berkesan terutamanya dari pemain nombor 10, 11 dan 16, ada juga pemain yang semangat juang tinggi, komited dan keinginan yang tinggi untuk bertahan dan serang.

IKLAN

“Kita kena pastikan kita tidak buat kesilapan yang mudah boleh akibatkan gol…. apa pun kita tidak akan ubah corak perlawanan pada kali ini sebab kita sudah berjaya dalam perlawanan sebelum ini kecuali menentang Vietnam,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan di sini, semalam.

Cheng Hoe berkata keputusan seri 0-0 antara Myanmar dan Vietnam dalam aksi Kumpulan A di Yangon, semalam sedikit sebanyak memberi kelegaan kepadanya.

“Memang lega sedikit, tetapi macam mana pun kita tetap kena menang dan jika tidak kita tidak dapat masuk separuh akhiri… kita kena cari tiga mata untuk kita selesa layak ke separuh akhir,” katanya.

Oleh itu, skuad Harimau Malaya perlu menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri dengan baik. Lagi-lagi apabila dikabarkan stadium akan dipenuhi dengan puluhan ribu penyokong setia tanah air.

  + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas