Connect with us

Oh! Media

Harimau Malaya Jatuhkan Garuda di Bumi Sendiri

Umum

Harimau Malaya Jatuhkan Garuda di Bumi Sendiri

Sumber: FAM

Perghh! Siapa tengok perlawanan bola sepak di antara Malaysia menentang Indonesia tadi? Perlawanan yang berakhir dengan kemenangan milik Malayisa itu 2-3 sebentar tadi itu betul-betul mengejutkan penyokong tanah air.

ADVERTISEMENT

Ketinggalan 2-1 pada masa pertama, ternyata tidak memadamkan semangat juang pemain negara apabila berjaya menyamakan kedudukan pada awal permainan dan kemudian berjaya menjaringkan gol kemenangan pada waktu kecederaan.

Sumber: FAM

Pada awal permainan, Indonesia berjaya menjaringkan gol awal tuan rumah melalui sepakan pemain B. Goncalbes dan Malaysia berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan gol M.Sumareh pada minit ke-37.

Tapi malangnya, ia hanya bertahan 2 minit sahaja apabila B. Goncalbes kembali mengegarkan jaring Malaysia pada minit ke-39.




Sambung babak kedua, Malaysia tampil lebih garang apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-66 melalui jaringan padu S.Syafiq.

Hero Malaysia pada malam ini jadi milik M.Sumareh apabila berjaya jaringkan gol kemenangan pada masa tampahan di minit ke-98 sekaligus meranapkan pemain dan penyokong Indonesia.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas