Connect with us

Oh! Media

Harimau Jantan Dilihat Berada Dalam Surau?

rimau 780x405jpg

Umum

Harimau Jantan Dilihat Berada Dalam Surau?

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kemunculan Harimau liar yang dilihat berkeliaran di sekitar kawasan Kampung Besul Lama, Bukit Besi. Walaubagaimanapun, petang tadi pada jam kira-kira 3.30 petang pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara telah memaklumkan bahawa mereka telah berjaya menangkap seekor harimau.

Mereka berjaya menembak harimau jantan terbabit dengan menggunakan ubat pelali ketika harimau terbabit dilihat sedang berehat di dalam sebuah belukar.

Kedudukan harimau terbabit tidak jauh dari kampung kerana ia hanya terletak kira-kira 500 meter daripada jalan utama. Perghhh, tak dapatlah nak dibayangkan kalau harimau tu terbiar sehingga sekarang tanpa ditangkap. Seram wehh!!

IKLAN

Dr Abdul Malik Mohd Yusof yang merupakan seorang Pengarah Perhilitan Terengganu juga berkata. Apa agak yang diakatakan? Harimau Malaya terbabit telahpun dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai Perak. Tetapi, korang jangan lupa sebab seekor harimau lagi masih terlepas. Wahh, mimin ingatkan seekor jer!

Tapi korang jangan risau, pihak perhilitan akan tetap cari sampai jumpa harimau ni. Maklumlah, harimau yang sebesar tu lalu depan mata, siapa yang tak terkejut kan? Anjat boboi!

Nak tahu lagi apa jadi dekat harimau yang ditangkap tu? Dia telahpun dikurung dan disimbah dengan air untuk disedar dan dimandikan. Tapi, buat masa sekarang, hanya ditempatkan di surau kampung berkenaan buat sementara waktu. Mimin yakin, penuhlah surau lepas ni.

Apa-apapun kita doakan keselamatan orang kampung yang terlibat dan diharapkan perkara ini dapat diatasi dengan baik. Kalau korang nak tengok video harimau dalam sangkar tu, boleh pergi dekat You Tube dan buat carian Harimau Jantan Ditangkap. 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas