Connect with us

Oh! Media

Harga Runcit RON97, RON95 dan Diesel Kekal

Umum

Harga Runcit RON97, RON95 dan Diesel Kekal

Semalam, telah dikemaskini harga runcit terbaru petrol RON97, RON95 dan diesel yang kesemuanya menunjukkan tiada perubahan yang kekal pada kadar RM2.63 seliter, RM2.08 dan RM2.18 seliter.

ADVERTISEMENT

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga runcit produk petroleum yang ditetapkan itu adalah bagi tempoh 6 April sehingga 12 April ini.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 6 April sehingga 12 April ini sepatutnya masing-masing adalah sebanyak RM2.33 seliter, dan RM2.36 seliter iaitu sama dengan harga minggu sebelumnya.

“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas