Connect with us

Harga Runcit RON97 Meningkat 8 Sen

Umum

Harga Runcit RON97 Meningkat 8 Sen

Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 22 Mac depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 pula naik sebanyak 8 sen iaitu daripada RM2.46 kepada RM2.54 seliter untuk tempoh sama.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 16 Mac hingga 22 Mac depan sepatutnya adalah masing-masing sebanyak RM2.24 dan RM2.37 seliter.

“Bagaimanapun, harga runcit kedua-dua produk petroleum berkenaan dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi tempoh tersebut,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Sumber: Kosmo

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top