Connect with us

Oh! Media

Harga Runcit RON97 Kembali Menaik Selepas Turun Mendadak

Umum

Harga Runcit RON97 Kembali Menaik Selepas Turun Mendadak

Nampaknya sesuatu yang turun tidak semestinya akan kekal turun, kerana ia umpama roda. Ungkapan ini terlintas di kepala kami apabila harga runcit petrol bagi RON97 dilihat naik semula selepas ia turun mendadak pada minggu lalu.

ADVERTISEMENT

RON97 bagi minggu ini akan menghadapi kenaikan sebanyak 11 sen kepada RM2.49 seliter dan ROND95 serta Diesel pula masing-masing kekal pada RM2.08 Ddan RM2.18 seliter.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.19 seliter dan RM2.28 seliter masing-masing.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” menurut kenyataan itu.

Dalam maklumat lain, pihak kementerian kewangan turut menunjukkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan dalam tempoh 29 Jun hingga 5 Julai iaitu pada nilai RM75.16 juta.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas