Connect with us

Oh! Media

Harga Runcit Petron RON95 dan RON97 Hadapi Kenaikan Sebanyak 4 Sen

image2b2528762529jpg

Umum

Harga Runcit Petron RON95 dan RON97 Hadapi Kenaikan Sebanyak 4 Sen

Seperti biasa, setiap Jumaat akan ada kemaskini harga runcit petrol di mana menunjukkan peningkatan sebanyak 4 sen seliter bagi petrol RON95 dan RON97 sementara Diesel tidak menghadapi kenaikan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pengguna akan menikmati harga runcit RON95 pada harga RM1.97 daripada RM1.93 seliter dan RON97 pada harga RM2.27 berbanding RM2.23 seliter sebelum ini.

Jelasnya, harga diesel kekal pada paras RM2.18 seliter untuk tempoh sama meskipun harga pasaran sebenar Mekanisme Harga Automatik (APM) dinaikkan sebanyak 1 sen iaitu RM2.19 seliter.

IKLAN

“Harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah meningkat berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$ 60 setong kepada AS$ 62 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$72 USD setong kepada AS$73 USD setong bagi diesel.

“Peningkatan harga pasaran global ini telah menyebabkan kenaikan harga runcit bagi produk petrol dan diesel namun, harga runcit petrol RON95 masih lagi di bawah paras penstabilan harga yang dijanjikan oleh kerajaan iaitu RM2.20 seliter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas