Connect with us

Oh! Media

Hanya Mahathir Boleh Tentukan Nasib Waytha Moorthy

Umum

Hanya Mahathir Boleh Tentukan Nasib Waytha Moorthy

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad, berkata hanya Dr Mahathir berhak memutuskan sama ada akur dengan desakan pelbagai pihak yang mahu Waytha Moorthy berundur daripada menganggotai Kabinet, atau tidak.

ADVERTISEMENT

Ini setelah kebanyakan rakyat mahu Menteri Perpaduan itu melepaskan jawatannya kerana dilihat gagal untuk memegang tugas itu.

“Itu terserah kepada Tun Dr Mahathir. Beliau yang membentuk (memilih anggota) Kabinet, jadi terpulang kepada Perdana Menteri untuk pertimbangkan (desakan Waytha Moorthy meletak jawatan).

“(Kewajaran desakan) Tengok pada pandangan masing-masing mengenai sejauh mana pembabitan Waytha Moorthy dalam kes itu sehingga boleh berlakunya tragedi berkenaan.

“Namun, soal pembabitan Waytha Moorthy dalam ‘menganjurkan’ rusuhan itu perlu disiasat, dan saya harap polis akan teruskan siasatan serta menahan dan mendakwa mereka yang didapati bersalah,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan program Solidariti Untuk Kemanusiaan-Kembara Rohani di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Khalid berkata semua pihak perlu berlaku adil dengan tidak menuding jari pada Waytha Moorthy semata-mata, kerana pihak yang menyerang kuil itu juga perlu dipersalahkan.

“Golongan yang mempertahankan kuil pun perlu dipersalahkan, kerana jika mereka duduk dalam kuil untuk pertahankannya tak jadi masalah, tapi mereka merusuh,” katanya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas