Connect with us

Oh! Media

Hanya Bahasa Melayu Dibenarkan Dalam Semua Urusan Rasmi Agensi, Jabatan dan Kementerian Dalam Bentuk Tulisan Mahupun Lisan

Ohmedia2bbahasa2bkebangsaanpng

Oh! Negara

Hanya Bahasa Melayu Dibenarkan Dalam Semua Urusan Rasmi Agensi, Jabatan dan Kementerian Dalam Bentuk Tulisan Mahupun Lisan

Akhirnya arahan ini dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan meminta semua agensi, jabatan dan kementerian untuk menggunakan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dan ia perlu digunakan sepenuhnya dalam segala urusan rasmi.

Perkara ini disahkan oleh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman yang mengharapkan usaha ini mampu untuk memperkasakan lagi bahasa kebangsaan itu dan terus terpelihara.

Agensi Kerajaan bersama-sama pegawai hendaklah memastikan penggunaan bahasa kebangsaan dalam sektor perkhidmatan awam dilaksanakan secara menyeluruh dan digunakan dengan betul dalam semua urusan rasmi sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan. Semua urusan berkaitan penganjuran majlis rasmi termasuk surat, emel dan notis jemputan, pengacaraan, bacaan doa, ucapan alu-aluan, ucapan perasmian dan ucapan penutupan, pembentangan serta dokumen edaran Agensi Kerajaan yang melibatkan peserta dalam kalangan warganegara Malaysia hendaklah disediakan dalam bahasa kebangsaan. – Jelasnya.

Jadi macam mana pula dengan surat yang perlu dihantar ke luar negara? Untuk ini, semua surat rasmi perlu dihantar dalam bentuk dwibahasa iaitu dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris. Hanya 2 bahasa tu jer ok!

IKLAN




+ Baca respon pembaca Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas