Connect with us

Oh! Media

Hanya Ambil Masa Selama 6 Hari, China Bina Hospital Khas Untuk Pesakit Virus Corona

ohmedia2bwuhan2bhospital2bin2b72bdayspng

Umum

Hanya Ambil Masa Selama 6 Hari, China Bina Hospital Khas Untuk Pesakit Virus Corona

Semua sudah sedia maklum dengan penyebaran virus corona misteri yang melanda negara Asean dan ini semua datang dari sebuah wilayah China di Wuhan. Setakat ini 25 kematian sudah dilaporkan dan lebih 900 pesakit sedang dikuarintin.

Kerajaan China juga telah menghalang aktiviti keluar dan masuk penduduk di Wuhan dan kebanyakan negara turut menghalang sebarang kemasukan pelancong dari China ke negara mereka.

Terbaru, kerajaan China sudah mula membina sebuah hospital di Wuhan khas untuk menempatkan pesakit virus corona misteri ini dan hospital ini akan disiapkan dalam masa enam hari sahaja.

IKLAN

Hospital ini turut mampu menempatkan lebih 1000 katil dalam keluasan 25,000 kaki persegi dan ini sama seperti sebuah hospital yang dibina di Beijing ketika wabak SARS pada tahun 2003 yang hanya mengambil masa selama tujuh hari untuk disiapkan.

Mereka akan menggunakan teknik banggunan pasang siap dan sekarang dapat dilihat begitu banyak jentolak sedang giat meratakan tapak pembinaan hospital terbabit. Hospital ini akan dijangka mula beroperasi pada 3 Februari iaitu 10 hari selepas pembinaan dimulakan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas